7 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Bahan Semuladi
1-Serbuk Kunyit
Sediakan sesudu serbuk kunyit dan titiskan sedikit air pada serbuk kunyit. Sapukannya pada jerawat selama beberapa minit. Ulangi cara ini beberapa hari dan serbuk kunyit terbukti antara bahan semulajadi yang berkesan hilangkan jerawat dengan cepat.
2-Daun Pudina
Ambil beberapa helai daun pudina. Blend daun pudina tersebut bersama sedikit air. Kemudian tapis air. Sapukan air tapisan tersebut ke seluruh muka anda. Buat sebelum anda tidur dan biarkannya air tersebut mengering dalam masa semalaman.
3-Buah Lemon
Hiris dan perah buah lemon pada tisu lembut atau kapas. Selepas itu tekapkannya pada jerawat di muka anda selama 15 - 20 minit. Untuk kesan hilangkan jerawat dengan cepat lakukannya antara 2 - 3 kali sehari.
4-Bawang Putih
Hiris bawang putih dan tekapkan hirisan tersebut pada jerawat di muka anda sehingga anda terasa cairan bawang putih melekat pada jerawat. Kandungan sulfur bawang putih memang berkesan hilangkan jerawat dengan berkesan.
5-Kulit Buah Oren
Sediakan kulit buah oren dan blend bersama sedikit air. Ambil air tersebut dan sapukan pada jerawat. Biarkan sehingga kering.
6-Madu Asli
Ambil sedikit madu dan sapukannya pada tisu lembut atau kapas. Tekapkan pada jerawat selama beberapa minit. Lakukan selama beberapa hari dan lihat kesannya menghilangkan jerawat di muka anda.
7-Timun
Sediakan beberapa hirisan timun dan rendam di dalam air bersih selama 45 - 60 minit. Minum air rendaman tersebut sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat.
Mudah kan ? Anda tak perlu lagi bergantung pada produk hilangkan jerawat yang menggunakan bahan kimia ! Hanya dengan bahan semulajadi sebagai alternatif natural sebagai cara menghilangkan jerawat.
Comments
Post a Comment