Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan
Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan
Petua hilangkan jeragat degil dengan 7 bahan semuladi khas untuk yang mengalami masalah kulit muka berjeragat. Untuk entri ini, admin nak kongsikan tips & petua hilangkan jeragat degil.
Walaupun anda tak alami masalah kulit berjerawat, anda mungkin mengalami masalah jeragat atau bintik-bintik hitam di kulit muka. Usah risau, setiap masalah pasti ada solusinya. Betul tak ?
Sebelum admin kongsikan petua hilangkan jeragat degil, admin nak bagitau punca jeragat atau bintik-bintik hitam di muka. Dah tahu punca jeragat, bolehlah elakkan supaya jeragat di kulit muka tidak menjadi lebih teruk atau berulang.
3 Punca Jeragat Di Kulit Muka
1. Sinaran Matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca jeragat. Atasinya dengan menggunakan krim jeragat terbaik yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena sinaran matahari (UV) secara terus.
2. Pil Perancang
Penggunaan ubat perancang menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.
3. Penggunaan Bahan Kosmetik Yang Tidak Sesuai
Penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit salah satu punca jeragat. Bahan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan masalah kulit muka. Masalah kulit muka menjadi semakin teruk apabila sinaran matahari (UV) tembus memasuki lapisan kulit muka kita.
Nak Tahu Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan Menggunakan Bahan Semulajadi ?
Jom baca tips di bawah.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 1
Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air bersih.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 2
Ambil sedikit hampas kelapa yang telah diperah santannya. Gosok hampas kelapa tersebut di muka dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 10 - 15 minit. Selepas itu cuci & bilas dengan air bersih. Selain bertindak memudarkan jeragat di muka, hampas kelapa juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 3
Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis. Pastikan campuran bahan ini menjadi pekat dan sapu di kulit muka seperti masker. Biarkan sehingga kering & bilas dengan air suam.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 4
Gunakan kulit pisang berangan. Sapukan bahagian dalam kulit pisang berangandi kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan sehingga kering. Selepas itu bilas dengan air bersih.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 5
Sediakan segenggam beras dan rendamkan selama 60 minit ( 1 jam ). Toskan dan tumbuk bersama-sama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis atau limau purut ke dalam beras yang di tumbuk tadi beserta putih telur. Gaul sehingga sebati dan boleh tekapkan di muka sebagai masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 6
Sediakan putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur terebut. Ambil tisu tadi dan tekapkan di sekitar muka yang berjeragat tu. Biar kering dan bilas.
Petua Hilangkan Jeragat Degil 7
Sediakan kunyit hidup dan tumbuk kunyit hidup tersebut hingga lumat. Campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis atau limau purut beserta putih telur. Gaul sebati dan sapukan di muka. Biar selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.
Diharap uolls yang tercari-cari petua hilangkan jeragat degil boleh mencuba 7 petua yang admin kongsikan dalam entri kali ini. In Sha Allah dari masa ke semasa boleh nampak perubahan kulit muka. Jeragat di muka makin pudar dan hilang. Amalkan petua hilangkan jeragat degil ini 2 - 3 kali seminggu yer ..
Ok .. Jumpa lagi di entri berikutnya untuk perkongsian tips & petua mengatasi masalah kulit muka.
Comments
Post a Comment