Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat
Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat
Cara Hilangkan Jerawat Dengan Kaedah Yang Salah
Masalah jerawat boleh berlaku seawal usia 12 hingga 17 tahun dan boleh juga berlaku kepada mereka yang berusia awal 20-an.
Terdapat pelbagai jenis jerawat, tetapi jerawat 'acne vulgaris' adalah yang biasa dialami oleh kebanyakan orang disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Jerawat berlaku kerana kelenjar sebaceous yang terdapat dalam kulit mengeluarkan sebum atau minyak berlebihan meliputi permukaan kulit manusia. Ini terjadi kerana berlaku sekatan pada liang roma kulit.
Bukan sahaja di muka, ia juga boleh berlaku di dada atau di belakang badan. Apabila berlaku, ia mula kelihatan seperti bengkak-bengkak kecil yang berwarna kemerah-merahan dan kemudian mengeluarkan benjolan merah.
Selepas beberapa hari, benjolan tersebut mula berisi nanah atau lebih dikenali sebagai ‘nasi’ dalam kalangan masyarakat tempatan.
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Norazirah Md. Nor ketika ditemui berkata, bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat yang berterusan, seseorang perlulah mengenali dahulu jenis kulit muka sebelum mencari rawatan hilangkan jerawat.
Kulit muka boleh dikelaskan kepada lima jenis iaitu :
1-Kulit Normal
2-Kulit Berminyak
3-Kulit Kombinasi
4-Kulit Kering
5-Kulit Sensitif
Perlu diingatkan bahawa jenis kulit kita boleh berubah bergantung kepada persekitaran, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.
Setiap jenis kulit mempunyai cara rawatan hilangkan jerawat berbeza kerana pengeluaran sebum dan minyak adalah berbeza bergantung kepada jenis kulit masing-masing.
Menurut Dr. Norazirah, kulit kombinasi secara amnya kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang kering atau berminyak dan biasanya ia berminyak di bahagian dahi, hidung, dan dagu atau dipanggil sebagai zon T.
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.
Selain menitikberatkan penjagaan yang betul, seperti membersihkan muka dengan pencuci sekurang-kurangnya dua kali sehari dan membersihkan mekap di muka sebelum tidur, aspek pemilihan produk penjagaan muka & produk hilangkan jerawat juga perlu diambil kira.
Begitu pun katanya, ia langsung tidak berkaitan dengan murah atau mahalnya sesuatu produk tersebut tetapi apa yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.
Elakkan juga daripada mencampur-adukan jenama produk berlainan.
Produk yang boleh disyorkan kepada mereka yang mempunyai kulit kombinasi adalah jenis kandungan yang boleh mengawal pengeluaran sebum dan berupaya melakukan pembersihan yang mendalam tanpa pengeringan berlebihan.
Mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak juga disyorkan menggunakan produk yang mempunyai kandungan sama seperti mereka yang mengalami masalah kulit kombinasi.
Begitupun, mereka juga digalakkan melakukan skrub pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit.
Kedua-dua jenis kulit ini perlu mengambil produk berasaskan cecair, gel, atau buih dan cuba elak mengambil produk berasaskan krim kerana ia boleh menyumbat pori-pori pada kulit wajah.”
Jangan abaikan kelembapan kulit kerana sungguhpun terdapat kandungan minyak semula jadi bagi kulit normal, ada kalanya ia akan menjadi kering disebabkan cuaca dan tekanan.
Bagi mereka yang memiliki kulit kering, mereka boleh memilih pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim, tetapi bagi yang mempunyai kulit berminyak, pelembab berasaskan air dan 'non-comedogenic' sesuai bagi mengelakkan kalenjar sebum mereka lebih aktif mengeluarkan minyak.
Comments
Post a Comment