5 Petua Atasi Masalah Parut Jerawat
5 Petua Atasi Masalah Parut Jerawat
Untuk tips kali ini, dikongsikan dengan uolls tips atasi masalah parut dan bekas jerawat. Memang ramai yang alami masalah kulit muka berjerawat kan ? Bila jerawat dah hilang, nampak pula kesan parut jerawat di muka dan kulit muka dah tak licin lagi. Jom amalkan tips untuk atasi parut jerawat.
Petua 1 Atasi Masalah Parut Jerawat
Uolls boleh guna kulit kayu manis dan bedak sejuk. Caranya seperti berikut :
1-Sediakan 2 batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk.
2-Tumbuk kulit kayu manis sehingga halus.
3-Campurkan sedikit air bersih berserta serbuk kayu manis dan bedak sejuk.
4-Sapukan campuran tersebut pada tempat parut pada muka uolls. Buat sebelum tidur. Biarkan campuran tersebut mengering.
Lakukan petua ini sekerap mungkin. Lama-kelamaaan parut jerawat anda pudar dan menghilang. Petua ini sangat sesuai untuk hilangkan parut jerawat dan bintik hitam pada muka uolls. Cubalah dan lihat kesannya !
Petua 2 Atasi Masalah Parut Jerawat
Untuk petua ke-2, uolls boleh juga gunakan daun lidah buaya (aloe vera). Cara ini lebih semulajadi menggunakan bahan semulajadi untuk masalah kulit muka bagi menghilangkan parut jerawat.
Dapatkan daun lidah buaya dan belah daunnya untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut jerawat 3 kali dalam masa seminggu. In Sha Allah parut jerawat akan mulai hilang dan kulit muka uolls akan nampak berseri-seri tau !
Petua 3 Atasi Masalah Parut Jerawat
Sediakan sedikit asam jawa dan campurkan dengan sedikit air. Ramas asam jawa tersebut bersama-sama dengan air. Sapukan campuran tersebut pada tempat parut jerawat. Biarkan sehingga kering. Amalkan pada waktu malam sebelum tidur. Parut jerawat akan mulai hilang dari masa ke semasa. In Sha Allah.
Petua 4 Atasi Masalah Parut Jerawat
Dapatkan beberapa helai daun sirih muda dan tumbuk daun tersebut. Tekapkan daun sirih muda yang dah ditumbuk tadi pada bahagian muka yang ada parut jerawat. Biarkan sehingga kering. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Qiera cadangkan uolls amalkan 3 - 4 kali seminggu.
Petua 5 Atasi Masalah Parut Jerawat
Sediakan sedikit madu asli dan campurkannya dengan sedikit bedak sejuk. Tekapkan campuran tersebut pada tempat yang mempunyai kesan parut jerawat. Buat sekurang-kurangkan 2-3 kali seminggu. Boleh lihat parut jerawat mulai pudar dan hilang.
Uolls boleh cuba amalkan salah satu dari 5 petua yang dikongsikan untuk hilangkan parut jerawat. In Sha Allah kesan parut jerawat di muka uolls akan mulai pudar dan hilang. Bukan hanya parut jerawat hilang, masalah kulit muka uolls pun hilang ! Tak percaya ? Cubalah !
Comments
Post a Comment