6 Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat
6 Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat
Anda ada masalah kulit muka berjerawat ? Pasti memang ramai yang mengalami masalah ni kan .. Memang banyak punca berlaku masalah kulit muka berjerawat. Untuk artikel ini admin nak kongsikan pada pembaca blog punca masalah ini. Jom bongkar punca masalah kulit muka berjerawat !
Jerawat terbentuk dalam liang kulit muka. Liang adalah adalah pembukaan di muka kulit. Liang kulit ini tersambung dengan kalenjar minyak yang menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan sebum yang melincirkan permukaan kulit muka.
Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat
1. Masalah Hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar 'sebaceous' mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai 'hormon androgen'. Kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Bagaimanapun, kebiasaannya, liang 'sebaceous' yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
2. Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama 'Propionibacterium Acnes'. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.
3. Faktor Pemakanan
Pemakanan yang dikaitan antara punca masalah kulit muka berjerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Namun diet pemakanan seseorang mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah 'hormon androgen'. Secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika kerap diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.
4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah masalah kulit muka berjerawat yang akan dialami. Stress yang berpanjangan hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun dengan rawatan dan cara hilangkan jerawat yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Tahap stress yang teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta 'hormon androgen' yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila mengalami stress dan menjadi punca masalah kulit muka berjerawat yang lebih teruk.
5. Penggunaan Bahan Kosmetik & Alat Solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan bahan kosmetik terutamanya yang berasaskan bahan kimia pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi masalah kulit muka anda.
6. Pancaran Cahaya Matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah kulit muka berjerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma tersumbat yang boleh menjadi salah satu punca masalah kulit muka berjerawat.
Ok dah cukup 6 punca berlakunya masalah kulit muka berjerawat yang admin kongsikan pada anda dalam artikel ini. Bila dah tahu puncanya maka bolehlah mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat agar kulit muka bebas jerawat dan makin berseri-seri.
Comments
Post a Comment