Cara Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

Cara Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


Ada masalah jerawat dan mencari cara cara menghilangkan jerawat dengan cepat ? Dah cuba pelbagai produk kosmetik tetapi masalah kulit muka dan jerawat masih ada. Mesti stress kan ? Ok untuk entri kali ini admin nak kongsikan 7 bahan yang boleh anda gunakan sebagai alternatif cara cara menghilangkan jerawat dengan cepat.




1. Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kandungan vitamin semulajadi daun lidah buaya (Aloe Vera) memang berkesan membantu memulihkan masalah kulit muka berjerawat dan menghilangkan parut jerawat.

Daun lidah buaya (Aloe Vera) bersifat 'lembut' dan tidak memberikan kesan sampingan 'overdose' / berlebihan jika menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Tapi penggunaan daun lidah buaya dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)


Patahkan daun daun lidah buaya dan ambil lendirnya untuk disapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama 30 minit, kemudian cuci muka menggunakan air bersih seperti biasa.



2. Baking Soda


Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antara kegunaannya yang ramai tak tahu adalah  meghilangkan masalah kulit muka berjerawat.

Khasiat baking soda ini dapat bertindak menyerap masuk ke dalam liang kulit untuk membersihkan kulit muka dan juga mengelakkan jerawat baru naik.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Baking Soda


Campurkan 2 sudu baking soda dengan sedikit air bersih. Elakkan terlalu banyak air agar tak terlalu cair. Pastikan campuran 2 bahan ini pekat. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut.

Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Pastikan anda basuh muka guna moisturizer selepas membersihkan baking soda di muka. Amalkan setiap dua hari sekali.




3. Minyak Kelapa Dara


Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara juga boleh digunakan sebagai alternatif cara hilangkan jerawat. Ianya lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak penggunaan haba.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Minyak Kelapa Dara


Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak tersebut. Biarkan sahaja tanpa perlu basuh muka. Minyak kelapa dara akan bertindak memulihkan kulit muka anda daripada masalah jerawat.

Jika anda rasa tak selesa, biarkan selama 30 minit. Selepas itu cuci dengan cleanser biasa


4. Ubi Kentang


Ubi kentang sangat kaya dengan vitamin dan mineral. Selain itu kanji di dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Ubi Kentang


Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tekapkan pada kulit muka. Boleh juga buat hirisan ubi kentang tebal dan urutkan pada bahagian muka yang berjerawat. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibasuh dan dibilas dengan air bersih.  Amalkan setiap hari.



5. Bedak Sejuk


Bedak sejuk memang popular sebagai salah satu cara tradisional untuk kesihatan kulit muka dan mengatasi masalah kulit muka. Bedak sejuk bertindak menyerap minyak dan mengosongkan pora kulit yang menjadi penyebab utama masalah jerawat.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bedak Sejuk


Tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air bersih. Pastikan campurannya pekat. Lumur dan urutkan campuran tersebut pada kulit muka dan biarkan semalaman. Basuh dengan air bersih. Amalkan setiap hari.



6. Campuran Air Tebu, Minyak Zaitun & Jus Lemon


Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti yang terdapat di dalam jus lemon. Ia bertindak menghilangkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Campuran Air Tebu, Minyak Zaitun & Jus Lemon.


Campurkan air tebu dan minyak zaitun dengan nisbah campuran 2 : 1 - (Air Tebu) & 1 (Minyak Zaitun). Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap 2 hari.



7. Kapsul Vitamin E


Vitamin E memang berkesan sebagai vitamin penjaga kulit. Boleh gunakan kapsul vitamin E yang boleh diperolehi di farmasi. Biasanya dijual dalam bentuk minyak.


Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Kapsul Vitamin E


Pecahkan kapsul vitamin E untuk mendapatkan minyak yang terdapat di dalam kapsul tersebut. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit. Basuh dan cuci muka dengan moisturizer.


Diharap perkongsian 7 bahan yang berkesan sebagai cara cara menghilangkan jerawat dapat membantu anda mengatasi masalah kulit berjerawat yang dialami.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan

Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat

Tips & Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat