Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan 3 Bahan Semulajadi

Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan 3 Bahan Semulajadi


Ada masalah kulit muka berjerawat dan tak tahu cara mudah hilangkan jerawat ? Don't wori , admin nak kongsikan dengan uolls 3 cara mudah hilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi.






Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lendir daun lidah buaya (aloe vera) memang mempunyai banyak khasit untuk masalah kulit muka dan sangat berkesan hilangkan jerawat. Sapukan lendir daun lidah buaya (aloe vera) pada jerawat di muka dan biarkan sehingga kering.

Lendir daun lidah buaya (aloe vera) mengandungi bahan anti-bakteria semulajadi dan anti-radang yang dapat mengurangkan kemerahan serta masalah kulit.


Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Madu


Madu mengandungi pelbagai khasiat yang sangat mujarab untuk masalah kulit muka dan sangat berkesan hilangkan jerawat dengan mudah. Anti-biotik semulajadi yang terdapat pada madu sangat berkesan membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat. Ianya juga berfungsi melembapkan kulit muka untuk kulit muka yang lebih sihat dan berseri-seri.


Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih


Tahukah anda bawang putih mengandungi anti-bakteria natural yang berkesan menghilangkan jerawat. Tumbuk seulas bawang putih beserta sedikit air. Sapukan pada jerawat selama 10 minit dan biarkan hingga kering.

AWAS : Jangan letakkan bawang putih pada kulit tanpa campuran air yer ..

Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan

Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat

Tips & Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat