Punca Kedudukan Jerawat Yang Naik Di Bahagian Tertentu Sekitar Wajah Anda
Punca Kedudukan Jerawat Yang Naik Di Bahagian Tertentu Sekitar Wajah Anda
Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama ianya menggambarkan bahagian dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah. Tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan, itu adalah normal.
Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tetapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yg ada di luaran berpunca dari bahagian dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.
Jerawat Di Dahi
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Biasanya seseorang itu akan menjadi panas baran.
Nasihat : Amalkan tabiat tidur awal & bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.
Jerawat Di Hidung
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
Jerawat Di Dagu
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat Di Pipi Kiri
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jerawat Di Pipi Kanan
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar.
Comments
Post a Comment