Tips & Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
Tips & Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
Anda alami masalah kulit muka berjerawat dan tercari-cari tips hilangkan jerawat dengan cepat ? Untuk artikel kali ini, berkaitan tips & petua hilangkan jerawat. Memang sesuai sangat untuk uolls yang nak hilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kosmetik berasaskan bahan kimia yang berisiko mengundang kesan sampingan.
Hilangkan Jerawat Cara Tradisional
Salah satu rawatan hilangkan jerawat cara tradisional adalah menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan di bawah :
1 sudu madu. Pastikan madu yang asli. Jangan madu tiruan / sintetik !
1 biji telur. Ambil putih telur sahaja.
Hirisan kecil lobak merah.
Hirisan bawang merah.
*Jika kulit muka uolls jenis sensitif dan tak tahan panas, tak perlu gunakan bawang putih yer ..
Langkah Hilangkan Jerawat Cara Tradisional
Langkah 1
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Langkah 2
Tumbuk hirisan lobak merah beserta hirisan bawang putih.
Langkah 3
Campurkan hirisan lobak merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama-sama 1 sudu madu ke dalam putih telur yang dipukul pada langkah 1. Kacau sehingga sebati.
Langkah 4
Sapukan campuran tersebut pada muka anda secara sekata. Biarkan dalam masa 20-30 minit.
Langkah 5
Basuh muka anda.
Buatlah setiap malam sebelum tidur dan uolls boleh ulangi langkah di atas selama 5 - 7 hari. In Sha Allah ianya antara cara menghilangkan jerawat dengan mudah dan mengatasi masalah kulit muka. Kulit muka uolls lebih halus, licin dan gebu.
Comments
Post a Comment