Posts

Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat

Image
Kaedah Salah Pemilihan Kaedah Rawatan & Cara Hilangkan Jerawat Cara Hilangkan Jerawat Dengan Kaedah Yang Salah Masalah jerawat boleh berlaku seawal usia 12 hingga 17 tahun dan boleh juga berlaku kepada mereka yang berusia awal 20-an. Terdapat pelbagai jenis jerawat, tetapi jerawat 'acne vulgaris' adalah yang biasa dialami oleh kebanyakan orang disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Jerawat berlaku kerana kelenjar sebaceous yang terdapat dalam kulit mengeluarkan sebum atau minyak berlebihan meliputi permukaan kulit manusia. Ini terjadi kerana berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bukan sahaja di muka, ia juga boleh berlaku di dada atau di belakang badan. Apabila berlaku, ia mula kelihatan seperti bengkak-bengkak kecil yang berwarna kemerah-merahan dan kemudian mengeluarkan benjolan merah. Selepas beberapa hari, benjolan tersebut mula berisi nanah atau lebih dikenali sebagai ‘nasi’ dalam kalangan masyarakat tempatan. Perunding Dermatologi Pusat ...

Punca Jerawat Di Sekitar Muka

Image
Punca Jerawat Di Sekitar Muka Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit. Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat. Punca Jerawat Di Dahi Sejurus dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula. Punca Jerawat Di Zon-T Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketa...

Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan

Image
Petua Hilangkan Jeragat Degil Dengan Berkesan Petua hilangkan jeragat degil dengan 7 bahan semuladi khas untuk yang mengalami masalah kulit muka berjeragat. Untuk entri ini, admin nak kongsikan tips & petua hilangkan jeragat degil. Walaupun anda tak alami masalah kulit berjerawat, anda mungkin mengalami masalah jeragat atau bintik-bintik hitam di kulit muka. Usah risau, setiap masalah pasti ada solusinya. Betul tak ? Sebelum admin kongsikan petua hilangkan jeragat degil, admin nak bagitau punca jeragat atau bintik-bintik hitam di muka. Dah tahu punca jeragat, bolehlah elakkan supaya jeragat di kulit muka tidak menjadi lebih teruk atau berulang. 3 Punca Jeragat Di Kulit Muka 1. Sinaran Matahari Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca jeragat. Atasinya dengan menggunakan krim jeragat terbaik yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena sinaran matahari (UV) secara terus. 2. Pil Perancang Penggunaan ubat perancang menyebab...

Punca Kedudukan Jerawat Yang Naik Di Bahagian Tertentu Sekitar Wajah Anda

Image
Punca Kedudukan Jerawat Yang Naik Di Bahagian Tertentu Sekitar Wajah Anda Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama ianya menggambarkan bahagian dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah. Tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan, itu adalah normal. Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tetapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yg ada di luaran berpunca dari bahagian dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut. Jerawat Di Dahi Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Biasanya seseorang itu akan menjadi panas baran. Nasihat : Amalkan tabiat tidur awal & bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak. Jerawat Di Hidung Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hi...

6 Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat

Image
6 Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat Anda ada masalah kulit muka berjerawat ? Pasti memang ramai yang mengalami masalah ni kan .. Memang banyak punca berlaku masalah kulit muka berjerawat. Untuk artikel ini admin nak kongsikan pada pembaca blog punca masalah ini. Jom bongkar punca masalah kulit muka berjerawat ! Jerawat terbentuk dalam liang kulit muka. Liang adalah adalah pembukaan di muka kulit. Liang kulit ini tersambung dengan kalenjar minyak yang menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan sebum yang melincirkan permukaan kulit muka. Punca Masalah Kulit Muka Berjerawat 1. Masalah Hormon Bagi seorang remaja, kelenjar 'sebaceous' mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai 'hormon androgen'. Kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Bagaimanapun, kebiasaannya, liang 'sebaceous' yang hasilkan ...

Cara Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

Image
Cara Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Ada masalah jerawat dan mencari cara cara menghilangkan jerawat dengan cepat ? Dah cuba pelbagai produk kosmetik tetapi masalah kulit muka dan jerawat masih ada. Mesti stress kan ? Ok untuk entri kali ini admin nak kongsikan 7 bahan yang boleh anda gunakan sebagai alternatif cara cara menghilangkan jerawat dengan cepat. 1. Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) Kandungan vitamin semulajadi daun lidah buaya (Aloe Vera) memang berkesan membantu memulihkan masalah kulit muka berjerawat dan menghilangkan parut jerawat. Daun lidah buaya (Aloe Vera) bersifat 'lembut' dan tidak memberikan kesan sampingan 'overdose' / berlebihan jika menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Tapi penggunaan daun lidah buaya dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai. Cara Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) Patahkan daun daun lidah buaya dan ambil lendirnya untuk disapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel sem...

Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan 3 Bahan Semulajadi

Image
Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan 3 Bahan Semulajadi Ada masalah kulit muka berjerawat dan tak tahu cara mudah hilangkan jerawat ? Don't wori , admin nak kongsikan dengan uolls 3 cara mudah hilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi. Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) Lendir daun lidah buaya (aloe vera) memang mempunyai banyak khasit untuk masalah kulit muka dan sangat berkesan hilangkan jerawat. Sapukan lendir daun lidah buaya (aloe vera) pada jerawat di muka dan biarkan sehingga kering. Lendir daun lidah buaya (aloe vera) mengandungi bahan anti-bakteria semulajadi dan anti-radang yang dapat mengurangkan kemerahan serta masalah kulit. Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Madu Madu mengandungi pelbagai khasiat yang sangat mujarab untuk masalah kulit muka dan sangat berkesan hilangkan jerawat dengan mudah. Anti-biotik semulajadi yang terdapat pada madu sangat berkesan membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat. Ianya juga ...